Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






kekacauan. keserabutan. ketidak-keruan.


(bismillahirrahmanirrahim)

blog yg tercinta,

sejak akhir akhir niy, perasaan ak selalu terganggu. jiwa kacau, sangat sangat. :( semalam ak tido awal gilaa! pkul 8lbey kot kalau tak silap. bdan ak terase sgt lesu, ak pn tak taw nape. otak pn da jam. then pkul 5lbey ak tsedar. astaghfirullahalazim, ak tak solat isya’ lg! biasenye, sbelum tido ak akan solat isya’ dlu, tp semalam, ntahla, ak pn tak taw ape yg tak kne. so, ak terus bangun dr katil, masuk toilet and ambek wudhu’. lepas solat tu, lame ak tmenung kat sejadah. macam macam dok replay kt kpale. flashback sal ary ary yg da lepas spanjang ak bnafas niy. alhamdulillah, syukur Allah still lg bg peluang kt ak utk bnafas kt dunie niy, still bg ak pluang utk jalani idup, utk blaja, utk b’bkti kpd parents ak.

ak dpt ase aer bgelinang kt kelopak mate, ak thn dpd mengalir. tp makin ak thn, makin laju aer jernih tu jatuh membasahi pipi. “Ya Allah, knp dgn hambamu ini? ak perlukan jawapan Ya Allah, ak buntu. jiwa ak kacau, ak tak bley buat ape pn dgn btul. even study ak pn da ke laut and maybe jgak ke longkang. jauh beza dgn dri ak stu mase dulu. kwn kwn ak, mne? knp Ya Allah? knp ak ase macam niy?”

ak tadah tangan, mengadu pdNya. ak luahkan sume yg bsarang kt kpale and mybe jgak ape yg ade di hati, mngharapkan sume yg ak asekan niy akan bkurangan. ak tak cite sume, just sbut yg mne ak ingat je, yg btul btul mninggalkan kesan kt dri ak, slebihnye, Dia lbih mengetahui. lepas cite tu, ak lega. wlaupn tak ilang spenuhnye, tp still lega sbb ak da luahkan ape yg ptut. alhamdulillah.

ttbe ak tringat, dulu umi pnah bg ak stu bku, tajuk dye, “LA TAHZAN” , maksudnye, “JANGAN BERSEDIH”. dalam buku tu ade tulis,  


“Sentiasalah berusaha untuk menjadi seorang yang sentiasa dengan senyuman yang merekah, keramahan yang menenteramkan dan sopan santun yang menyejukkan.


“Jadilah seseorang yang mudah melupakan kejahatan dan mengingat kebaikan orang lain.”

Berzikirlah kepada Allah supaya jiwamu terselamat dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan.”

“Jalanilah kehidupan ini sesuai dengan kenyataan yang ada. Kendalikan jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya.”

“Segeralah bangkit untuk melakukan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan Rasulullah s.a.w.

“Mintalah pertolongan kepada Allah dengan solat yang khusyuk dan rajinlah mengenal masjid."


“Solat mampu meniupkan iman ke dalam hati anda, sehingga anda selalu redha dengan apa yang ditentukan Allah.”


“Jika anda dilanda kesedihan dan merasai penderitaan, maka ingatkan diri anda pada kenikmatan syurga yang lebih kekal abadi, nescaya anda akan mampu merubah setiap kesediahan dan penderitaan menjadi nikmat.”


“Beristi’azahlah (memohon perlindungan) kepada Allah dari segala kesedihan, memohon kepada Allah agar selalu diberi kehidupan yang baik dan diredhai, kejernihan hati dan kelapangan fikiran. Pohonlah kepada Allah agar melapangkan hati kita dengan cahaya iman, menunjukkan hati kepada jalanNya yang lurus dan menyelamatkan kita dari kehidupan yang susah dan menyesakkan.”


Jangan pernah membalas cercaan atau senda gurau yang melukai hati anda. Kesabaran anda akan dengan sendirinya mengubukan semua kehinaan.”

“Kesabaran adalah sumber kemuliaan, diam adalah sumber kekuatan untuk mengalahkan musuh dan memaafkan adalah sumber dan tangga untuk mencapai pahala dan kemuliaan.”


bile tgk balik pd ayat ayat kt ats niy smentare tnggu masuk waktu subuh, Alhamdulillah, semangat ak pulih sikit sikit.