resepi biskut dahlia :D
(bismillahirrahmanirrahim)
assalamualaikum! hee, hari ni nak share resepi buat biskut dahlia. best! baru kuar oven terus lesap. hehe. try lah, boleh bawak balik kampung masa raya nanti ^^, hari ni nak buat lagi sebab esok nak balik kampung jenguk nenek. nak bawak balik ni sekali, mesti dia suka<3 :D
bahan bahan :
- 200 gm marjerin/butter
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- 1/2 (setengah) cawan gula
- 1 biji Kuning Telur
- 1 sudu esen vanila
- Hirisan buah Ceri secukupnya
- Pewarna Kuning Telur
cara cara :
- Pukul marjerin dengan gula sampai kembang.
- Pastu, masukkan kuning telur, esen vanila and pewarna kuning.
- Bila dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung and tepung kastard.
- Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya.
- Bakar pada suhu 150C (15-20min)
|
ni la contoh acuan dia. kalau nak yang bentuk dahlia, guna yang macam bunga bunga tu. kalau nak yang straight macam gamba kat bawah ni, guna yang ada gigi gigi tu ^^, jangan guna piping bag plastik taw. banyak kali bocor T.T |
|
dahlia ^^, |
p/s : segala gambar bukan den yang punya. incik google yang bagi pinjam :D