Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






ouh! ak da idup 19 tahun!

(bismillahirrahmanirrahim)


** post kali niy siyes panjang. kalau agak agak tak sanggup nak bace, sile klik butang X kaler merah tu :) **


assalamualaikum, ntah knp, malam niy ase syahdu sangat. hee~ takpe kan nak luah kt sni? *blog ang, ske aty ang la cik fara oii* okay, sory. abes ilang mood syahdu korang an. da da, b'balik pd sebab utame ak rajenkan dri mnaep malam niy, ttbe ase syahdu malam nih. sebab? sebabb..ase sangat bdose. tringat perjalanan idup ak sepanjang 19 tahun nih.


*sebagai anak, yg da 19thn idup, mesti penah wt salah kt mak ayah. or dalam kes ak, kt umi and ayah la, sbb ak pnggil dyeorang cmtu an. kdang kdang umi or ayah mintak tlg pn, TERckp "nanti la", (last last tak bwt jgak sbb lupe -____-'') , kdang kdang TERbwt muke yg amat "manis" bile dyeorang mintak tolong- tmbah tmbah plak ble mood tengah "baek gile" and kdang kdang plak TERbwt dyeorang sdih or kcewe sbb pelajaran merosot la, TERover ckp sbb trase ngan ape yg dyeorang ckp la, bile kne bnding dgn anak anak kawan dyeorang la. then mengadu kt kawan kawan *erti kate laen-ngumpat(kot)* wuuu~ banyak kn. takyah ckp ak sorang la, mesti orang laen kt luar sne yg bgelar ANAK pn pnah wt cmni gak. tp takpela, malas nak ckap orang, bg contoh ak sndri sudaa. (farah mintak maaf umi, ayah)


okey, tu kt mak ayah. skang,


*sebagai seorang kawan. kdang kdang TERbwt kawan kawan trase ngan care kte. and kdang kdang kte tak sedar pn ape yg kte bwt tu menyakiti dyeorang. takde niat pn nk bwt sape sape trase, tp bnde tu jd scare spontan. even kalau da mintak maaf pn, and kawan tu ckap da maafkan kte, aty mnusie kn. bukan kte taw. rambut same itam, aty laen laen. tak dapat nak ramal pn ape sbenanye yg t'sirat. kdang kdang, TERgune barang tak mintak izin. wlau kawan serapat mne skalipn, klu brang tu bkn kte pnye, still, sblum gune kne mintak izin. ingat lg dulu dulu, ustaz pnah ckap, gune brang orang tanpe mintak izin (kire orang tu xtaw la), dkire mncuri dpd dye. wlaupn lepas gune tu kte letak balik. and kdang kdang plak TERckp sal dyeorang kt blakang. seriously, even bff pn sometimes akan ckap blakang bff dyeorang sndri. sbb tak sume yg kte bwt, orang akan ske or puas aty. and cmtu la jgk sbaliknye. care t'baek-ptutnye trus terang ngan dyeorang. kdang kdang gak, tak tegur kawan bile dye bwt bnde salah. konon nak jge aty, tp bnde tu still salah. (sape sape yg bgelar kawan ak, ak mintak maaf)


*and yang PALING penting!


*sebagai hambaNya. hurmm. yang niy la yg pling trase sangat sangat. kdang kdang lalai dgn dunie, smpai lupe suruhanNya. even melewat lewatkn solat utk utame kan bnde bnde yg tak pnting dalam hdup tu pn da kire lalai thdap suruhanNya kn. dgr azan kdang kdang tak jawab pn wlaupn taw bnde tu wajib. ptut diam, tp makin bnyak ckap plak. haishh, ape nak jd. >.< kdang kdang sbb bnyak bnde sangat b'maen kt kpale, solat pn tak khusyuk! >.< astaghfirullahalazim. ak ngaku, kdang kdang mmg ak sndri t'bwt bnde bnde niy, tak nak ckp orang laen sbb nt dianggap menfitnah plak. okay, sndri maw ingat la kot, sbb takde sape taw ape yg kte bwt mlaenkan dri sndri and Dye. hrap hrap takde yg trase ngan ape yg ak tulis nih. sbb ak tulis niy utk ingatkn dri sndri, same same la renungkan. spaye korang pn tak bwt jgak.


sbenanye bnyak ag nk list. sbg kakak, sbg adik, sbg sdare sesame islam, sbg cucu, silap kt dri sndri. macam macam. but confirm pnjang gilaa post niy, thats why ak list 3 tu je. anyway, mase ak tgh melayan ase ke-ber-dosa-an ak tuh, ak tjumpe stu artikel. menitik jgak ak bace :
____________________________________________________________


Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal.

Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini.
Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan.
Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya.
Rasa berdosa yang sepatutnya
Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan diri.
Kita rasa berdosa, lantas kita bergerak mensucikan diri. Kita melakukan kesalahan, segera kita bergerak memperbaikinya. Rasa berdosa menggerakkannya.
Hal ini kerana, rasa berdosa kita sewajibnya perlu datang dengan iringan kefahaman dan kepercayaan bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Tetapi kalau kita rasa berdosa, rasa diri kita ini kotor, tetapi pada masa yang sama kita menutup pintu hati kita daripada keampunan Allah SWT yang luas, maka kita hanya akan bergerak ke lurah kehancuran.
Allah dan kefahamanNya kepada kita
Allah adalah pencipta kita. Yang paling memahami kita adalah Dia. Dia adalah yang paling tahu kadar kemampuan kita. Dia adalah yang paling tahu akan keadaan kita. Allah itu Maha Tahu, sebelum Dia menciptakan kita lagi, bahawa manusia ini akan melakukan dosa. Memang Dia menciptakan kita demikian.
“Demi diri manusia dan Yang Menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.” Surah Asy-Syams ayat 7-8.
Maka adakah Allah sekadar menjanjikan azab siksa untuk yang ingkar sahaja?
Adakah Allah mendiskriminasikan pendosa sedangkan Dia memang menciptakan kita dengan kemungkinan untuk berdosa?
Tidak. Tetapi lihatlah apa yang Allah katakan kepada para pendosa:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.
“Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampunkepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” Surah An-Nisa’ ayat 64.
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?” Surah Ali Imran ayat 135.
Lihat. Allah itu memberikan ruang dan peluang kepada kita.
Maka mengapa perlu rasa berdosa sehingga tidak mahu bergerak ke arahNya?
Syaitan yang menipu
Di dalam hal rasa berdosa sehingga tidak lagi mahu melakukan kebaikan ini, kita tidak boleh lupakan ‘sahabat karib’ manusia yang sentiasa berusaha membawa manusia kepada kecelakaan akhirat.
Itulah dia Iblis, Syaitan dan kuncu-kuncunya.
Mereka ini mempunyai pelbagai taktik. Antaranya, menggunakan kepositifan untuk membawa kepada kenegatifan. Contohnya adalah apa yang kita sedang bincangkan.
Rasa berdosa adalah positif. Tetapi syaitan akan membisikkan kepada kita keputus asaan.
“Kau dah berdosa teruk ni, tak boleh patah balik dah ni.”
“Ini dosa besar ni, Allah memang dah tak akan pandang kau lagi.”
Dan kita akhirnya berlari pergi daripada Allah, daripada kebaikan, kerana kita merasakan bahawa: “Aku bukan orang-orang itu lagi. Aku dah tak boleh diselamatkan. Tak boleh patah balik.”
Sedangkan, Allah sentiasa membuka ampunanNya kepada manusia.
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 268.
Adalah berbeza orang itu dan orang ini.
Namun, ada segolongan manusia yang keji. Mereka ini adalah pengkhianat.
Pengkhianat kepada rahmat dan kasih sayang Allah yang luas.
Mereka memang sengaja melakukan dosa, dan bertaubat dalam keadaan “Bila taubat ni, dosa haritu dah terpadam. Jadi, bolehlah buat lagi dosa. Nanti taubatlah semula.”
Dia melakukan dosa dengan sengaja, dengan perasaan bahawa dosanya itu tidak mengapa kerana nanti boleh bertaubat. Ini adalah pengkhianatan kepada kasih sayang Allah SWT.
Mereka ini berbeza dengan golongan yang rasa berulang kali melakukan dosanya, dalam keadaan benci kepada dosanya dan bersungguh-sungguh berjuang meninggalkannya.
Memang wujud isyarat bahawa Allah SWT menyuruh manusia berulang kali bertaubat. Tanda bahawa manusia ini memang akan melakukan kesalahan berulang-ulang. Namun adalah amat berbeza berulang-ulang melakukan dosa dengan sukarela, tanpa ada usaha-usaha mencegahnya, dengan terulang dosa kerana tertewas dalam perjuangan menentangnya.
Persoalannya, apakah kita menentang dosa kita? Atau kita menerima dengan tangan terbuka? Adakah kita merancang untuk menjauhi dosa, atau kita tidak merancang untuk menjauhinya? Nyata dua golongan itu punya perbezaan yang sangat ketara.
Penutup: Maka janganlah berputus asa. Bergeraklah ke arah kebaikan.
Maka janganlah berhenti melakukan kebaikan, hanya kerana semata-mata rasa berdosa. Rasa berdosa itu positif. Positif kerana ia memacu kita untuk beramal dengan lebih kuat bagi menebus kesilapan kita. Maka jangan kita negatifkannya dengan merasakan kita terlalu kotor untuk diampunkan.
Siapakah kita yang hendak melimitkan kuasa pengampunan Allah kepada kita?
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 9.
Dan ayat Allah SWT ini jelas menunjukkan bahawa, keampunan itu datang dengan beramal soleh. Rasa berdosa semata-mata tidak akan menyelamatkan kita. Jika benar rasa berdosa, maka sepatutnya kita meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-Baqarah ayat 218.
Bergeraklah. Padamkan dosa kita dengan bergerak ke arah kebaikan.
Sesungguhnya Allah SWT itu ampunanNya luas dari jangkaan.
____________________________________________________________
conclusion? ntah la, nak conclude sndri, takut bercanggah plak ngan pndapat orang laen. so, sesape yg da bace smpai sni, bwt la conclusion korang sal ape yg ak share malam niy. perlu diingatkan sekali lg, ak cume mnusie biase yg tak perfect and slalu bwt salah. tp ak nga cube utk baiki diri utk jd yg lbey baek. insyaallah :)
p/s : jgn ptahkn niat orang yg nak brubah ke arah kebaikan. and jgn pndang orang laen mcam dri sndri tak pernah bwt silap dan dose. sbb sume mnusie tak dpt lari dpd bwt dose wlaupn sbesar zarah. ingat,, kte cume mnusie biase :)
p/s/s : lagu kt blog mmg tak kne ngan post kali niy pn. abaikan -.-'