Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






salah konsep puasa ganti.

(bismillahirrahmanirrahim)

memandangkan bulan ramadhan dah semakin hampir, aku rase terpanggil plak untuk tulis entry ni. entry hari ni, jeng jeng jenggg! *haha, okay, perlu ke?* abaikan. okay, topik hari ni, puasa ganti. ladiess, take note okay? :)
semalam masa tengah buat assignment, incik google macam memanggil manggil aku untuk search topik ni. yela, puasa dah nak dekat, and antara senario senario yang lazim sangat jadi waktu waktu camni : tak sempat nak habiskan puasa yang tertinggal tahun lepas. betul tak? ladiess, familiar tak ngan situasi camni? okay, bagi yang dah settle, alhamdulillah :) and bagi yang belum settle, rajin rajinkanlah diri anda. jangan tunggu last minute sangat. kita cuma mampu merancang, Allah yang menentukan. kalau tak sempat macam mana?

bab bab puasa ni mana boleh pandang ringan kan. so, untuk tulis entry niy, dah banyak website yang aku skodeng. and berdasarkan apa yang aku baca, ramai ladiess salah faham tentang konsep ganti puasa ni. okay, sure semua pernah dengar kan, kalau tak sempat ganti puasa tahun lepas sebelum tiba ramadhan tahun berikutnya, then, kita kena ganti double/ berganda. betul tak?

sebenarnya konsep tu salah. yang sebenarnya, cuma bayaran fidyah je yang digandakan. senang cite, umi aku ada bagi contoh hari tu. bayangkan la sorang nenek tua *contoh*. yang dah tertinggal puasa selama 3hari, and nenek tersebut tak sempat habiskan puasa sebelum ramadhan tahun berikutnya. so, nenek tersebut terpaksa menggantikan sebanyak 6hari. kan? and katekan lah, ramadhan tahun tersebut pun nenek tersebut ada tinggal 2 hari. so, 6+2=8. nenek tersebut kena ganti 8hari. and macam mana kalau tahun ketiga, nenek tersebut still tak dapat ganti pusa tersebut? takkan kena ganda jugak lagi?

Islam bukan agama yang membuta tuli, bukan agama yang menyeksa penganutnya. :) jadi, kita sama sama betulkan fahaman kita okay ladiess! :)

untuk maklumat lanjut, sila klik SINI

p/s : kalau korang ada entra info, share la jugak okay ;) sama sama kita mengingatkan untuk jadi muslim and muslimah yang lebih baik (^^)v