tolong bagi penjelasan, kenapa? (bismillahirrahmanirrahim)
huu~ aku bukan nak tunjuk baik, jauh sekali nak cakap yang aku ni alim, tak pernah buat salah atau melakukan dosa. aku tak tahu patut ke tak aku utarakan benda ni, tapi aku gagahkan jugak jari untuk menaip persoalan persoalan yang sejak akhir akhir ni tak lari dari fikiran aku, maafkan aku andai tersalah penggunaan bahasa. harap korang sabar membaca and sudi terangkan pada aku sebab sebab atas semua ni. coz honestly, i'm out of ideas to reason with every single question that pops up. :(
- kenapa ahh, orang selalu fikir, dengan tahu nama, dengan kenal muka. dyeorang da cukup layak untuk menilai setiap benda yang kita buat?
- kenapa ahh, kalau menilai seseorang tu, tak boleh didahulukan dengan benda benda positif? selalu nak fikir yang buruk je? takde kebaikan langsung ke dalam diri orang tu?
- kenapa ahh, kalau da ada salah faham, tak boleh nak leraikan dengan cara baik? bukan ke kita saudara seagama? betapa gembiranya syaitan bertepuk tangan.
- kenapa ahh, nama kawan tapi tak boleh nak berbaik lepas terbit salah faham? bukankah sengaja memutuskan silaturrahim tu berdosa? sekali lagi syaitan gelakkan kita.
- kenapa ahh, kalau keluar berdua dengan pasangan, kena duduk rapat rapat, berpimpin tangan? sedangkan ikatan pertunangan pn tak menghalalkan lagi semua tu, inikan pula pasangan kekasih? tergolek golek syaitan ketawa.
- kenapa ahh, suka membezakan status antara yang kaya dan tidak? kenapa? hina sangat ehh orang miskin? musnah tamadun manusia kalau macam ni. di sisi Allah tak penting pn status di dunia.
- kenapa ahh, kita tak nak sedar sedar lagi, kita taw apa yang kita buat salah, tapi still buat? niat tak pernah menghalalkan cara.
- kenapa ahh, kita suka menduga bukan bukan tentang apa yang orang buat, apa yang orang cakap, apa yang orang tulis, tanpa kita memahami situasi dyeorang pada masa tu? kenapa perlu ada rasa curiga dalam hati? sekali lagi syaitan berjaya menghasut kita.
- kenapa ahh, bila orang yang pernah buat silap, pernah terleka dengan mainan dunia, nak berubah, da bertaubat, kita tak boleh nak sokong? makin galak mengata ada. kenapa? salah ke orang tu da diberi hidayah untuk berubah. kita? ada dapat hidayah? or da dapat hidayah, tapi still pejam mata?
- kenapa ahh, tak boleh nak hargai orang yang selalu ada saat kita susah? kenapa nak cari time susah je, bila ketawa or gembira lupa? mana nilai persahabatan?
- kenapa ahh, perlu selalu rasa dengki and iri hati kalau tengok orang gembira or bahagia? bukan ke kita patut tumpang gembira?
- kenapa ahh, susah sangat nak sebut perkataan maaf tapi senang sangat nak keluarkan ucapan yang buat hati orang terguris? bahasa kita sangat indah, tak boleh ke berbudi bahasa?
- kenapa ahh, susah nak mengaku salah kita sendiri, tapi senang jaa nak point out salah orang laen? tua muda, semua sama. takde ditetapkan kalau orang tu berumur lebih tua, orang tu tak boleh buat salah. hidup satu proses pembelajaran, maksudnya selagi kita hidup, selagi tu kita belajar. kalau buat salah sama sama tegur, tapi bia la kena cara. nak nasihat orang bukan boleh maen sebat je ikut suka.
- kenapa ahh, kita cakap kita sayang mak and ayah kita, tapi kita tetap menyumbang dosa kat dyeorang? sebelum kita bersuami, ayah yang tanggung dosa kita. aku rasa semua tahu.
- kenapa ahh, kita da makin jauh dari landasan agama? perlu ke ikut semua yang negara barat buat?
- kenapa ahh, bila timbul persoalan persoalan macam ni, akan ada jugak hati hati and mulut yang kurang senang? salah ke?
- kenapa ahh, perlu berpura pura? kalau tak suka apa yang seseorang buat, kenapa tak bincang elok elok? kenapa kena jaja cerita pasal orang tu? benda tu buat kita jadi lebih baik ke?
- kenapa ahh, selalu nak orang laen faham diri kita, tapi kita sendiri tak boleh nak faham diri orang? apa yang dyeorang rasa, apa yang dyeorang lalui?
- kenapa ahh, kena bermegah dengan apa yang dipinjamkan? bukan ke keseronokan tu cuma sementara?
- kenapa ahh, bangga untuk tunjuk bila ada raut wajah jelita, body figure menarik? sedangkan semua tu patut disimpan untuk yang selayaknya- suami.
- kenapa ahh, suka memburukkan orang laen di belakang mereka, memutar belit cerita seolah olah menjadi mangsa keadaan? sejauh mana nak simpan semua dusta?
- kenapa ahh, kita kena cipta jarak dan jurang? ke mana sangat la ego kita tu akan bawa kita? bukankah umat islam patut bersatu?
- kenapa ahh, suka mewujudkan fitnah yang tak betul semata mata untuk mencapai hajat di hati? berbaloi ke hidup macam tu?
kalau diikutkan, banyak lagi persoalan yang aku nak tanya. aku sememangnya tak sempurna, dan tak pernah mengharapkan kesempurnaan. tapi mana mana yang aku boleh aku improve pasal diri aku, aku akan cuba. just tolong, jangan buat andaian sendiri kalau tak betul betul faham apa niat aku dan apa yang aku tengah cuba nak solve untuk diri aku. sebab daripada andaian tu la, akan timbul cerita cerita lain yang sememangnya akan buat aku terluka. korang pn taw aku hati tisu kan. huhu.
p/s : sekali lagi, dengan kemukakan persoalan kat atas, tak bermaksud aku ni baik. tak bermaksud jugak aku tak pernah buat salah yang aku sendiri point out kat atas tu and tak terniat pn nak libatkan sesiapa dalam apa yang aku fikirkan tu. yang membezakan, cuma aku sedar salah aku and aku cuba berubah untuk diri and family. salah jugak ke aku?
Tak kira apa pun alasan yang kita buat, tak kira sehebat mana kita berhujjah untuk jadikan segala perbuatan kita betul, tapi pada hakikatnya bila benda tu salah, ia tetap salah.Bila kita sendiri melakukannya, tak bermakna perbuatan tu betul.Terkadang HATI kita tak nak mengalah, atau taknak berubah. Jadi pelbagai alasan, hujjah dan justifikasi yang kia boleh cipta utk perbuatan kita yang jelek lagi menjengkelkan
>>copypaste drpd blog ceramah<<
|