Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






aku perlukan support. bukan judgement. :/

(bismillahirrahmanirrahim)


study week da start. maksudnya, final exam pn da nak start jugak la kan. tapi seriously, aku tak terasa langsung dapat focus untuk study. buku kat depan mata, fikiran melayang ntah ke mana mana. tangan pegang pensil, bila tersedar balik dari lamunan, tengok test pad penuh dengan bentuk bentuk pelik. macam budak baru belajar pegang pensil and menulis dulu. garis bengkang bengkok, bentuk bulat yang bergigi gigi. huhu. apa aku buat? ntahla.
aku sendiri tengah berperang dengan perasaan sendiri. isu ni dari hari tu tak pernah nak settle. macam biasa la. masalah remaja kan. masalah macam ni pn dianggap sangat besar walhal banyak lagi benda yang aku bakal berdepan bila bergelar orang dewasa nanti. huhu. apa masalah aku?


bagi mereka yang da lama follow blog aku, and kalau korang selalu gak la jenguk jenguk blog aku ni, mesti korang taw aku da berpunya. kalau nak ikut istilah budak sekarang, okay, couple. tapi aku sebenarnya tak berapa suka guna perkataan tu. sebab? ntahla. sounds like something that is not right. macam tak betul and macam anggap hubungan tu main main sangat je kalau guna istilah tu. anyway, at least that is what i thought, and maybe there are a few others who agreed and vice versa.
the real problem is actually, dari beberapa bulan yang lepas lagi, aku da terfikir nak putuskan hubungan dengan dia. okay. sebelum anyone nak point fingers or presumed anything, just stop for a while. and read what i have to say. memang ni takda kena mengena langsung pasal bosan ke, ada pihak ketiga or whatsoever.  the thing is, memang dalam Islam, satu satunya hubungan yang halal dan dibenarkan adalah selepas kahwin. kan? tapi siapa la aku ni untuk bersuara or bercerita pasal kawin. umur pn baru nak masuk 20. bulan 10 nanti baru genap 20. study pn belum habis. kerja? apatah lagi.


aku tak tahu kenapa, dalam beberapa bulan kebelakangan ni, bila dengar cerita cerita pasal hubungan sebelum kawin (couple), hati aku terusik. aku jadi termenung sendiri bila fikir pasal benda ni. dosa bgi anak perempuan kan, ayah yang akan tanggung sebelum anak perempuan tersebut kawin. betul kan? aku bercakap dengan dia setiap malam, selalu message berbual kosong, perasaan rindu yang hadir. semua tu menyumbang dosa kat ayah. :'( jadi aku cuba la slow talk dengan si dia. explain satu satu apa yang aku fikir and apa yang aku rasa kami patut buat. dan sampai satu saat tu aku da pn mintak putus dengan dia.
perit, memang perit. tahun ni, masuk 4 tahun kteorang berkawan, and 'couple' berkawan rapat plak da hampir 3 tahun. tempoh tu sangat lama and tak dinafikan, kteorang faham antara satu sama lain lebih dari kawan kawan yang lain. tapi, aku tak nak hubungan macam ni, aku nak yang halal. tp yela, macam aku mention kat atas tadi, umur setahun jagung. kalau aku suarakan hal ni, mesti ramai yang kata aku gatal nak kawin cepat da. betul tak? huhu, taw sangat da.


hurmm, aku pernah bagitau umi pasal ni. oh, lupa cakap, family kami memang saling kenal and hari tu, family aku ada visit dye kat sana (muadzam). saja saja melawat, and at the same time nak tunjuk kat kteorang adik beradik, yang perjumpaan sebetulnya dalam Islam dengan ditemani ahli keluarga, bukan berdua dua. anyway, aku cakap kat umi, aku da mintak putus sebab kesian kat umi, ayah kena tanggung dosa sia sia macam ni. then umi agak terkejut. umi geleng kepala, then cakap, kadang kadang aku ni suka ambik tindakan terburu buru, and tak bincang ngan orang. huuu~~


agak banyak jugak aku kena bebel malam tu. umi cakap, Allah tak larang hambaNya untuk berkasih sayang, cuma kena la jaga batasan. pandai pandai la limit kan call, kalau dulu tiap tiap malam cakap kat fon, sampai berjam jam pn tak habis habis lagi cakap, sekarang limit kan jadi 10minit sehari or call bila perlu je. yang selebihnya just message. lagipn masa tu dia nak final, and bila aku mintak putus, malam tu dia terus demam. and paper esok tu dia kata memang tak boleh buat. timing aku memang salah -__-''


fine, kteorang da limit kan call apa semua. da tak skype da. kalau kat fb, aku selalu post kat wall dia pasal ilmu agama, kadang kadang post kata kata motivasi kt wall dia. bukan nak tunjuk kat semua orang yang kiteorang ni baik sangat post pasal motivasi or ilmu agama kat wall, cuma benda tu aku rasa mudah bagi aku. sebab biasa la, kata kata tu semua bukan aku sendiri yang cipta or karang, aku guna google jugak untuk cari. then copy paste je kat wall dia. and orang lain yang baca pn akan dapat manfaat and tambah ilmu jugak, betul tak? kalau nak hantar melalui fon, kena taep balik plus dia sorang je yang dapat ilmu tu.
but still, hati aku still rasa yang benda ni tak patut and aku tak tahu macam mana nak cakap supaya orang faham apa yang aku cuba sampaikan. sebab setiap kali aku cuba meluahkan, memang akan ada yang akan salah faham tentang niat aku, apa yang aku rasa and apa yang aku fikir. dan benda tu sangat sangat dan tersangatlah membebankan aku T___T


huhu. terima kasih sangat sangat bagi yang baca post ni sampai habis. aku pn tak tahu sama ada apa yang aku nak cakap betul betul sampai, and aku harap aku tulis dengan jelas supaya tak ada yang salah faham pape pasal post ni atau pasal aku. hukkkk. tensionnya. macam mana nak study ni? T____T