Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






Alhamdulillah | Allah ketuk pintu hatiku :')

(bismillahirrahmanirrahim)


Alhamdulillah, sebab dia memahami kehendak aku. supaya kteorang tidak melebihi batas pergaulan walaupn aku anggap dia insan yang istimewa buat aku. selagi semuanya belum pasti, aku prefer kteorang stay macam ni. ada batasan. silap yang dulu takkan aku ulangi hatta sekadar berpegangan tangan je.


aku tak pasti sama ada keputusan ni akan menjarakkan hubungan kteorang, tp yang pasti. aku nak cari redha Allah dalam hubungan. andai kata keputusan yang aku buat, untuk mendekatkan diri kpd Allah ni buat hubungan kteorang semakin jauh, aku redha. mungkin Allah ada rancangan yang lain untuk aku. tp so far, Alhamdulillah. dia faham.


drpd so-called 'panggilan manja', kteorang ubah, membahasakan diri dengan nama. macam mula mula kenal dulu, tp aku sendiri sebenarnya rasa tak selesa. lebih selesa jika membahasakan diri masing masing dengan 'awak-saya' je. tp, takpela. mungkin kalau perubahan tu terlalu drastik, dua dua pihak akan rasa lebih kekok. aku sendiri tak pasti apa yang aku nak cuba sampaikan hari ni, bukan nak bermegah, jauh sekali nak tunjuk alim. tapi aku terharu. sebab dia faham sebab sebab aku buat semua ni, untuk kebaikan bersama.


macam seseorang pernah cakap, hubungan yang halal dan diredhai Allah tu menjadi impian setiap muslimah. insyaallah, aku nak kteorang menuju ke jalan tu. jadi untuk bina sesuatu yang baik, basic kena kuat. kalau diselang seli kan dengan benda yang tak elok, maka senang la ianya goyah. :')


bila kita cinta kepada Allah, automatik cinta manusia kepada kita akan hadir. jadi tak perlu risau, kita jaga je cinta kita kepada Allah, insyaallah yang lain lain Allah akan beri kepada kita. itulah sebenarnya yang terbaik.


and, speaking of buat silap and nak berubah ni, ada orang cakap ngan aku hari tu, 
kat dunia ni, takda orang yang sempurna. mana ada orang yang tak pernah lakukan kesilapan. sebab tu la Allah bukak pintu taubat, bagi peluang untuk kita semua kembali pada jalan yang diredhai. tapi kalau kita still kenangkan masa silam, terlalu kesal dengan kesilapan yang kita buat sampai kan nak berubah pn kita jadi lemah, macam mana? sampai bila pn kita akan sangkut macam tu je. sepatutnya, kesilapan tu dijadikan kekuatan dan iktibar untuk kita berubah menjadi lebih baik dan supaya kita tak kembali buat kesilapan yang sama. peluang tak pernah tertutup untuk kita berubah menjadi lebih baik. jadi, percaya dengan diri, tanamkan azam dan percaya dengan Allah.
and aku sendiri percaya, sekali buat silap, tak bermaksud selamanya kita perlu terus melakukan silap yang sama. pilihan untuk berubah, terletak kat tangan masing masing. beza nya, antara nak berubah and tak nak berubah. dan kalau apa yang kita buat adalah untuk mencari redha Allah, tak kira urusan apa pn, insyaallah Dia akan permudahkan untuk kita. tu kata kata yang aku pegang selama ni :')


dan aku harap, instead of menilai apa yang aku lakukan pada masa silam, bagi sokongan untuk aku berubah ke arah kebaikan. setakat bertudung dan menjaga solat, bagi aku, tak menjamin yang aku ni da cukup baik. kadang kadang, hubungan dengan orang sekeliling especially yang bukan mahram pn perlu dititikberatkan. Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku dalam aspek tu :')


seksaan bagi lelaki yang pegang perempuan bukan mahramnya tanpa sebab lain ialah, dibakar tangannya sampai hancur seluruh tubuhnya.
murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja, tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain lain.