Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






hukum | dah tahu berdosa, buat jugak.

(bismillahirrahmanirrahim)


assalamualaikum! Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kpd aku untuk terus hidup, dapat tengok muka umi, adik adik. dapat rasa masakan umi. umi masak sup sayur tadi. hee~ favourite aku, tak makan ngan nasi pn takpe! makan sayur je. hehe. syukur Alhamdulillah :')
anyway, macam biasa. aku geledah geledah incik google tadi. ilmu aku belum cukup, sebab tu selagi boleh cari, aku cari. hihi. erm, aku just nak tahu. apa hukum perbuatan yang kita da tahu berdosa, tapi kita buat jugak. manusia mudah lupa kan, tapi benda tu tak patut dijadikan alasan sebenarnya. jadi peluang yang ada, guna la sebaik baiknya :)


untuk jawapan kepada soalan tu, aku terjumpa satu forum. and ustaz tu jawab. orang yang berbuat dosa, sedangkan ia mengetahui perbuatan tersebut berdosa adalah lebih dimurkai Allah Taala berbanding orang yang berbuat dosa, tetapi tidak mengetahui perbuatan tersebut berdosa.


mungkin ada yang tak tahu, tapi bila Allah sayang kat kita, para malaikat, dan makhluk lain yang Allah ciptakan akan turut sayang kepada kita. Subhanallah, sanggup ke kita tolak kasih sayang Allah? dan cuba bayangkan, kalau Allah murka, sanggup ke kita terima akibatnya? jalan untuk kembali kepada Allah, tak pernah tertutup melainkan kita sendiri yang pilih untuk tutup jalan tersebut dan teruskan dengan kelalaian dan keseronokan dunia yang sementara :')
untuk renungan bersama, sekiranya kita berbuat satu dosa, akan ada satu titik hitam pada hati kita. jika kita bertaubat, titik tadi akan hilang. tapi kalau tak, titik tu akan merebak sampai seluruh hati kita akan penuh ngan titik titik hitam tersebut. in the end, hati tersebut akan jadi hitam. hati yang kotor dan hitam adalah hati yang mati. sebab ianya keras, bila keras, kemanisan dan kelazatan dalam beribadat, semuanya akan hilang.
ini bukan something yang kita tak tahu, kan? kadang kadang ego untuk admit kita buat salah tu yang makin mengheret kita semakin jauh dari jalan Dia. aku harap sahabat sahabat yang baca ni, sama sama renungkan, sebab ada masa lagi untuk ubah apa yang patut diubah. aku pun tengah berusaha. :')


blog ni, dari dulu memang jadi medium untuk aku luahkan apa yang aku rasa. kali ni pun still sama, cuma mungkin akan ada lebih pengisian, yang bawa lebih banyak faedah untuk kita bersama. hihi. aku taw blog blog yang cakap pasal agama kureng dapat perhatian. tapi takpe, aku tetap nak kongsi. mungkin aku tak boleh berjihad dengan cara yang lebih extreme macam berperang mempertahankan maruah Islam ke apa, tapi aku still boleh berjihad untuk sebarkan Islam melalui blog ni kan :)
Rasulullah SAW, "sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat" Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.