Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






Festival Layang Layang | bukan rezeki kot~

(bismillahirrahmanirrahim)


assalamualaikum! huhu, hari tu aku ada buat entry pasal Festival Layang Layang tu kan. sobbs. tak dapat pergi pongg. tahu kenapa? sebab asyik hujan je, plus umi and ayah tak bagi. and dyeorang pn tak nak pergi. huu~~ baru ingat nak spend masa ngan dyeorang. :/
takpelahh, spend masa tak semestinya kena pergi certain certain tempat kan, kat rumah pon bolehh, chill la farah~ erm, umi and ayah cakap, kalau nak pergi masa hari hari biasa takpe, sebab masa tu tak ramai orang. ni, bila ada event macam ni, maka,, macam macam la benda yang tak elok berleluasa kan~ and maybe asyik hujan tu sebab Allah nak tunjuk something. huhu, wallahualam. nak cakap lebih lebih pon tak boleh kan.


so, basically parents tak bagi pergi sebab memang umi and ayah tak nak kteorang tergolong dalam golongan mereka yang bersubahat melakukan pape yang tak elok tu. walaupn kita tak buat, tapi bila kita nampak tp tak tegur, and nampak tp buat tak tahu, kira macam kita da bersubahat sama la. kan? sebab tu je. and untuk sedapkan aty kteorang sendiri, kteorang just anggap camni. "alaaaa~~ setakat bukit layang layang tu, memang da tiap tiap minggu menghadap, so takde benda baru pon. lain la untuk sape sape yang tinggal luar daripada johor, dyeorang nak excited takpela" huuu~ takpela kan, tak la sebab nak tengok layang layang je ingkar cakap parents, tak berbaloi jadi anak derhaka sebab tu ^^,
hihi. tak pelik sangat pon sebenarnya bagi family kteorang kalau tak pergi event event macam ni. even konsert jom heboh or pape event yang seangkatan dengannya memang kteorang tak pernah pergi. tapi cuma ada sikit la kot rasa terkilan sebab bukit layang layang tu memang taman permainan kteorang dari dulu. tiap tiap petang berkelah segala bagai. cuma bila da besar ni je macam macam kena jaga kan. hihi, takpelahh. ayah sayang keluarga beliau :')


and, aku ada jugak try search pasal benda benda ni. maksud aku pasal 'bila kita nampak orang buat benda tak elok tapi tak tegur' tu. ada betulnya jugak apa yang cuba umi and ayah sampaikan pada kteorang adik beradik. huhu. ilmu agama aku sebenarnya memang tak cukup untuk betulkan orang. so, dalam aku bercerita ni, sebenarnya aku cuba men'digest' betul betul, kasi hancur lumat, masuk dalam diri aku, betulkan diri aku dulu pasal pape yang umi ayah cakap or apa yang aku search. huhu. kalau ada yang baca, then dapat terima sama, Alhamdulillah. and kalau yang tak dapat terima, aku mintak maaf banyak banyak. takde niat pon nak cakap mana mana pihak.
just untuk peringatan kita bersama, sebab aku sayang saudara seIslam aku. and aku harap kita semua akan jadi jiran di syurga Allah nanti. insyaAllah :)