Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






kem #1 | belajar memaafkan.

(bismillahirrahmanirrahim)
assalamualaikum :) hehe. ada sesiapa rindu aku tak? semalam baru balik kem. so, nak spend masa  ngan family dulu sebelum sibuk dengan urusan lain. Alhamdulillah, sepanjang kat kem tu, aku tak pernah rasa masa terbuang or kosong. and aku tak bawak phone pn pergi sana. sebab tak nak rasa terganggu. hihi. bukan gaduh or ada salah faham ngan si dia or orang lain. just nak focus betul betul apa yang dyeorang nak sampaikan. :)
banyak sangat aku nak share ngan korang. tapi tak dapat la nak taep semua sekaligus kan. nanti kang, berpinar plak mata nak baca satu satu. kan? hehe. dalam setiap entry nanti, aku akan selitkan apa yang aku dapat k. sepanjang berada kat kem tu, aku sempat jugak renung balik macam mana sikap aku and cara aku yang mungkin buat orang lain tak senang sebelum ni. banyak sangat kekurangan diri yang aku rasa aku kena baiki untuk betul betul jadi seorang muslimah.


menangis sendiri bila terkenang segala kekurangan diri yang buat orang tak senang. Ya Allah, ampunilah aku. kawan kawan, maafkan lah aku andai ada salah silap dalam aku berbicara, sampai hati yang lembut tu dilukai oleh aku :'( malam ni, aku nak share pasal belajar memaafkan kesalahan orang lain. ni salah satu nilai yang diterapkan kat kem tu.
tak dinafikan, hakikatnya bila kita baca, kita akan cakap. "elehh, senang je nak maafkan orang". betul ke senang? and sejauh mana keikhlasan kita untuk memaafkan seseorang itu? satu lagi realiti kehidupan manusia, mulut kata lain, tapi hati kata lain. mesti semua pernah dengar ungkapan ni kan? sesungguhnya hati itu lumrahnya lembut dan mudah terasa, sebab tu bila hal yang melibatkan hati manusia, kita tak boleh pandang remeh.


pakar motivasi kat kem tu cakap, orang yang hatinya sering disakiti, tapi tidak pernah lokek dalam memaafkan, adalah orang yang cemerlang. jadi, untuk menjadi orang yang cemerlang, kita kena la ada ciri ciri orang yang cemerlang. salah satu daripadanya adalah dengan memaafkan kesalahan orang lain dengan ikhlas. bila kita tidak memaafkan, sikit demi sedikit, perasaan dendam akan terkumpul. bila dendam da mengaburi mata hati, automatik banyak benda benda negatif yang akan timbul, pastu, ciri ciri orang cemerlang pn akan terhakis dari diri kita.
dan, bila kita biarkan emosi dan dendam menguasai diri, jiwa kita takkan tenang. dendam jugaklah yang memutuskan silaturrahim, sedangkan di sisi Islam, perbuatan ni dilarang Allah s.w.t dan hukumnya haram. bayangkan, kalau kita buat salah dengan orang, mesti kita harapkan orang memafkan kita kan. jadi, sama jela situasinya. kalau kita nak orang maafkan kesalahan kita, kita pn kena belajar memaafkan kasalahan orang lain jugak.
dalam entry entry sebelum ni pn, aku da pernah state. dosa manusia sesama manusia cuma manusia yang boleh maafkan. selagi manusia tersebut tak memaafkan kesilapan kita, Allah pn takkan maafkan kita atas kesilapan kita terhadap orang tu. sebab tu, Islam ajar kita supaya menjaga kata kata yang kita keluarkan. jangan sampai melukakan hati orang, walaupn kita berniat untuk bergurau. kuasa kata kata sangat hebat kawan kawan, and kita tak tahu berapa banyak kesan yang berbekas di hati seseorang yang kita dah lukakan tu. sebab tu jugak, bila kita rasa kita buat salah, cepat cepat minta maaf. tak payah tunggu pihak lain mintak maaf.
"Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim, kerana itu janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya. Taqwa itu tempatnya di sini! Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali. Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim, setiap muslim haram menumpahkan darah sesama muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya" [HR Muslim] 
"Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya, tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" [HR Muslim]
akhir kata, pandanglah sesuatu itu dari kaca mata orang lain, apabila hal tersebut menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu akan menyakitkan hati orang lain juga. dan, dalam hidup ni, biarlah kita hidup seperti lilin, menerangi orang lain. janganlah kita hidup seperti duri yang mencucuk diri dan menyakiti orang lain.


p/s : kat kem tu, kami dinasihatkan supaya memaafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati kami sebelum tidur. ustaz tu suruh amalkan setiap hari, insyaallah, even kesilapan yang kita rasa sangat melukakan hati pn akan hilang. setiap permulaan yang mencabar akan ada pahitnya, tapi insyaallah, akhirnya, rasa manis yang akan kekal di setiap penghujung setiap cabaran. :')
belajar minta maaf and belajar memaafkan ; ciri ciri orang cemerlang :')