Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






kem #2 | mulakan hari dengan ceria, kawal ketawa.

(bismillahirrahmanirrahim)


assalamualaikum gengg! hehe, tak habes habes dengan geng kan. kay finee. erm, hari ni, satu lagi ilmu nak share ngan korang. yang ni pn dapat masa kat kem hari tu. pakar motivasi tu cakap, kita kena mulakan hari kita dengan ceria! *yeahh, semangat gituh!* hehe.
sebab, bila kita mulakan hari dengan ceria, dengan senyuman, insyaallah sepanjang hari tersebut kita akan gembira. kajian Barat plak da buktikan, bila kita ceria, tahap kesihatan kita pn meningkat. haaa, kan bagus camni. hari kita gembira, fizikal pn sihat. lepas tu, dapat la study ngan lebih baik :)
senyum banyak banyak! :) tak rugi pn. and kalau kita ikhlas, kita da dikira sebagai bersedekah. untungkan? senang sangat kita nak dapat pahala, nak buat baik. tapi kita sendiri pilih untuk tak buat macam tu. kalau kita senyum kat orang, orang tu tak nak balas or pandang 'badi' la kononnya kan, takpe la. biar kan jela. yang penting, kita ikhlas nak senyum. jangan la bila kita kena macam tu, kita kata macam macam kat orang tu.
memang hati akan bengkak, perasaan malu pn ada jugak bila senyum tak berbalas. tapi, kalau kita betul betul ikhlas nak buat, mesti kita tak mengharapkan balasan. kadang kadang, bukan orang tu tak nak balas senyum kita pn, kadang kadang ada yang tak sure kita senyum kat dia ke apa, kadang kadang ada yang tak perasan. kita tak tahu kan? jadi insyaallah, kita berniat baik, and tak perlu melatah bila orang tak respond. cukup lah Allah tahu apa niat kita.
konklusinya, untuk ceria, kena la banyakkan senyum. senyum taw, bukan ketawa. ketawa tu kena la control sikit. banyak ketawa tu sebenarnya akan mematikan hati. and bila hati mati, kemanisan dalam ibadah kita tak dapat rasa. lagipn, banyak ketawa akan buat kita cepat lupa. nampak tak macam mana agama berkait dengan pembelajaran kita? :')


erm, tapi, bukan la aku nak cakap korang tak boleh ketawa langsung, tak. bukan macam tu. ketawa tu boleh, tapi biar lah berpada pada, jangan lah sampai terbahak bahak, lagi lagi dekat tempat public. bagi yang perempuan plak, tak manis dipandang orang. baik baik makcik pakcik yang tengok tu nak buat menantu, terus reject kang.


sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri tak pernah ketawa berlebihan. ketawa Baginda adalah berupa senyuman :') huhu, mulianya peribadi Baginda :')


hadis untuk hari ni :)


Daripada Aisyah r.a. "Sekali pun aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berlebih-lebihan ketika ketawa hingga aku lihat anak lidahnya. Ketawa beliau hanya berupa senyuman." [HR Bukhari & Muslim]. 
Daripada Abu Dzar r.a. "Rasulullah SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman" [HR Muslim & Ahmad] 
Daripada Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah SAW : "Jangan kalian banyak ketawa, kerana banyak ketawa itu mematikan hati" Rasulullah SAW juga bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menagis dan sedikit ketawa." Sabdanya lagi : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."