Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






motivasi bersama Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad

(bismillahirrahmanirrahim)


assalamualaikum :) alhamdulillah syukur Allah still bagi kesempatan untuk aku menjalani kehidupan hari ni. :) hari tu aku dengan umi pergi dengar ceramah motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad kat Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya.


aku pergi berdua je dengan umi, ayah tak dapat datang sebab ada hal. kalau tak, boleh jugak jumpa suami beliau. umi cakap ayah kenal suami beliau. huhu, masa zaman sama sama study medic dulu agaknye. huhu, umi cakap, dalam bidang ni la ukhwah terjalin tu makin erat. sebab kena struggle, and masa tu kita dapat kenal kawan kita. hee~ insyaallah, mana mana bidang pn sama, yang penting niat kita belajar tu untuk apa dan siapa (^^)v


anyway, aku sangat kagum dengan peribadi beliau. sentiasa senyum, bercakap dengan nada suara lembut dan sedap didengar, rendah diri.
aku tak taw nak cakap apa, terharu sangat sebab dapat jumpa. beliau merupakan salah seorang sumber inspirasi aku. :') sayang, sebab aku and umi terpaksa balik awal semalam, ambik adik kat tempat tusyen. kagum sangat, Ya Allah, banyak lagi yang aku kena baiki dalam diri ni. :')


ni antara kata kata mutiara dari beliau :)


"apa yang kita fokus itu kita nampak. oleh itu, fokus pada kebaikan, kita akan nampak kebaikan" 
"jika kita merungut, menyalahkan dan menyesal, kita takkan bahagia sampai bila bila" 
"setiap perkataan yang ditaip bermula dari fikiran. jika ia negatif, maka fikirkan beberapa banyak toksik fikiran kita tanam yang akan dituai oleh kita dan anak cucu di masa akan datang" 
"orang yang benar hebat, tidak bergantung pada penghargaan manusia. mereka sibuk memikirkan bagaimana memberi manfaat" 
"bina sifat memaafkan, menghargai dan kasih sayang dan hanya marah jika perkara agama disentuh" 
"jangan sesekali fikir negatif tentang sesiapa kerana getaran fikiran kita akan sampai pada mereka. hantar kasih sayang dan hormat pada semua orang dan cuba buat orang yang kita jumpa merasa mereka bernilai dan seronok tentang diri mereka dengan akhlak yang baik kita" 
"fikiran dan  perbuatan seseorang akan menarik orang yang berfikiran dan berperangai yang sama dengan mereka. oleh itu, jika kita sentiasa berjumpa atau dijodohkan dengan orang yang kita tidak berapa suka, lihat perbuatan dan fikiran kita" 
"selagi kita tidak ubah fikiran dan tindakan kita, hidup kita tidak akan berubah dan orang yang kita jumpa tidak akan berubah" 
"lihat siapa yang kita cintai, kita akan kenal siapa kita" 
"orang yang mencipta pembaharuan adalah ahli fikir, bukan ahli amal" 
"yang membezakan kufur dan beriman ialah solat 5 waktu" 
"we don't interact with the world but we interact with our interpretation of the world. so if we interpret in positive manner, we have a positive result in our life"