Life Journey of a Girl
Miss Owner

Point Your Cursor at The Picture Please :)



Posts Farah's Darling(s)

Stuff(s)

Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :)


Footprints here!






ukhwah :)

(bismillahirrahmanirrahim)

assalamualaikum genggg! haha, bajet ada geng plak kat blog ni kan. aisehh. erm, semalam first time pergi tutti frutti. haha, yesssss~~ i know i know. aku ketinggalan zaman kan. pffft, kesah? haha. anyway, aku pergi ngan bff tercinta, cik arfah ali~ hehe. 4,5,6hb ni ada kem, beliau plak nak balik UIA 6hb. so, takut tak sempat nak jumpa, lepas kelas semalam terus pergi rumah beliau.
ini gambar sumbangan incik google. haha, nak upload yang kteorang makan semalam, tapi cable menghilangkan diri. so, ni jela alternatif yang ada. kikiki.
aku da pesan ngan beliau, kalau tengok aku nanti, jangan gelak. pfffffftt! tapi beliau gelak jugak lepas nampak aku. kuang asam punya ipah. -____-'' beliau gelakkan aku sebab uniform ala ala nurse ni, plus kena pakai kasut sekolah and anak tudung putih. hua3~ siap kejar kejar lagi depan rumah tu sebab ipah nak amek gamba aku. haha, malu aku jiran beliau tengok. bila da masuk rumah plak, kena gelak lagi ngan mak beliau. mak beliau kata aku comel pakai camtu. ada ke patuttt? haha, ape la. naseb baik aku sayang korang, haishh. :P
kteorang borak borak dalam bilik, sementara tunggu masuk waktu asar. ipah kata, beliau excited sangat borak ngan aku sampai terlupa terus sal nak amek gamba aku pakai uniform. hehe. :D segan jugak sebenarnya pakai macam ni, dengan tudung masuk dalam apa semua. tak menutup aurat :( erm, then, lepas tumpang solat asar kat umah ipah, baru kteorang gerak g tutti frutti. hee~ seronok. rasa macam dating plak makan berdua je, da la makan menghadap! haha.


Alhamdulillah. aku bersyukur sangat. persahabatan yang kteorang bina hampir 7 tahun ni masih lagi utuh. bagi aku, aku sanggup hilang teman istimewa berbanding hilang sahabat macam dyeorang. ipah, azu, pka, and twin aku, ela. banyak sangat benda yang kteorang da hadapi sama sama. dan dalam proses tu, gaduh gaduh, terasa hati of course la ada. tapi tak lama, sebab kteorang tahu, persahabatan kteorang ni tak ternilai. dan setiap cabaran yang kteorang hadapi tu sebenarnya makin mengeratkan ikatan persahabatan kteorang ni. :)
dan aku bersyukur kepada Allah, sebab hadirkan dyeorang dalam hidup aku. tak jemu untuk setia di sisi aku lebih lebih lagi pada waktu yang sukar bagi aku. Alhamdulillah, dyeorang tak pernah bosan bagi nasihat, bina balik kekuatan aku bila aku terjatuh. sungguh Ya Allah, aku sayang mereka mereka :')