Miss Owner Stuff(s) Welcome! Everything I wrote here is an expression of what my heart feels. Do forgive me if I ever offended anyone in any kind of way. Good day! :) Footprints here!
| 20 tahun | selamat pengantin baru~ (bismillahirrahmanirrahim) assalamualaikum. huhuhuhu, entry kali ni, special untuk sahabat yang aku kenal masa kat UiTM Puncak Alam dulu. :) Alhamdulillah, Naza :)) tahniah atas perkahwinan korang!! semoga kekal hingga ke anak cucu. serious aku tumpang gembira untuk kau, sesungguhnya, tiada hubungan yang lebih berkat dan penuh rahmat kecuali apabila ianya halal di sisi Allah s.w.t dan agamaNya. :')) selamat pengantin baru, study rajin rajin, semoga menjadi isteri yang solehah, dapat sama sama membimbing suami ke jalan Allah. buktikan pada mereka yang lantang bersuara, korang kahwin masa study pn boleh berjaya. and aku yakin ngan korang. aku plak yang terharu lebih lebih wehh. serious! tahniah Naza, tahniah! even aku tak dapat bersama menjayakan majlis kau, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk korang. apabila pandangan Allah terhadap kita diutamakan lebih dr pandangan manusia terhadap kita, Allah akan permudahkan urusan kita. :') tahniah sekali lagi sebab kau da berjaya buat syaitan menangis, kau dah terselamat dari salah satu fitnah dunia. tahniah Naza :'D aku bangga dapat kawan macam kau. Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi). Sebagaimana telah kita ketahui bersama, bahawa syaitan adalah musuh nyata manusia. Para syaitan selalu berusaha menjerumuskan manusia ke lembah dosa. Dan salah satu perangkap syaitan paling ampuh adalah menggiring manusia untuk mendekati perbuatan zina. Itulah sebabnya jika ada manusia yang berkahwin pada usia muda, syaitan menangis, kerana pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar, yakni zina. Sementara itu Buraidah r.a. berkata, Abu Bakar r.a. dan ‘Umar r.a. datang melamar Fatimah r.a. maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “Sesungguhnya ia masih terlalu kecil.” Kemudian datanglah Ali r.a. melamarnya, maka Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Fatimah dengannya. (HR. Nasa’i) Rasulullah s.a.w. mengahwinkan puterinya, Fatimah r.a. dengan Ali r.a. kerana usia keduanya hampir sepadan dan sebaya.
|